Monday, 26 October 2009

Trip memancing laut dalam di perairan Mersing

TRIP kali ini adalah trip pertama aku untuk tahun 2009 ini. Sebelum-sebelum ini terpaksa tolak ajakan tekong darat En. Akil kita disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Inipun last minute, pukul 12.00am nak tolak, pukul 8.00pm baru confirm.
Trip kali ini disertai oleh 6 orang peserta kesemuanya - Akil, Farid, Haji Bajuri, Nazib, Jemi dan aku sendiri.
Bertolak 2 buah kereta, dari rumah jam 12.00am tiba di Mersing lebih kurang jam 1.45am, ngeteh di restoran mamak.
Lebih kurang 2.20am bertolak ke jeti, Nazib dan Jemi sampai - turun barang dan berkumpul di jeti.
Jam 2.30am betolak keluar ke laut. Sepanjang perjalanan tidurlah aku.....apalagi.....
Sedar je dah tiba di lokasi <> jam 6.30am di unjam pertama, boleh nampak Pulau Tinggi, Pulau besar dan pulau-pulau lain......
Solat dulu lah bro kalau ye pun.....

Semasa kami menurunkan apolo hari dah mula cerah. Kami terus melayan kerisi, tamban dll tapi majoritinya ikan caru saiz sederhana besar.

rezeki apoloku di waktu pagi - caru, kerisi, tamban dll.








ni tekong Azhar dengan pembantunya......
pagi-pagi dah naik anak tenggiri..... guna apolo je tu.....
dua ekor anak tenggiri jadi lauk asam pedas kami makan
tengahari.....








masing-masing jadi sibuk melayan apolo..... nak berbual pun tak sempat...... fokus...fokus bro..... caru tengah lapar....







satu joran main apolo, satu joran lagi pancing dasar...... haaa ni dia ikan tanda dah makan sarapan pagi...... joran baru aku dirasmikan oleh ikan tanda...... dua ekor in a row.....
lepas dapat dua ekor tanda di sini, mesin Penn GTi 310 aku ada masalah - traverser tak function, tangsi mengumpul di sebelah tepi kiri sahaja bila gulung, bila time hulur ok la pulak......








Akil dan Haji Bajuri.






lewat pagi cuaca makin terik, apolo dah semakin kurang diragut, "angkat, kita pindah" kata tekong.....

kutip ikan-ikan apolo tu Kil, jangan tak kutip.....






jarak ke unjam kedua hanya mengambil masa <> 15 minit. dalam perjalanan aku sempat trolling..... sesaja nak penuhkan masa.... kelajuan bot amat sesuai, tapi takde rezeki - takapa.... tak mengharap sangat pun sebab gewang yang aku gunakan pun jenis popping yang tak biasa aku gunakan yang dipinjamkan oleh Farid.... semalam tak sempat beli gewang favourite aku Rapala CD-14 sinking.....

di unjam ni mancing apolo banyak ikan ayam, tapi kami cuma dapat naik <> tujuh ekor je sebab susah nak mengena..... asyik terlepas je bila naik sampai separuh air.......

sekor ayam ni la aku dapat naikkan......



tengahari sangat terik dan mengantuk.... lepas makan nasi sempat tidur semasa dalam perjalanan ke unjam ketiga sebab perjalanan agak lama - lebih dari satu jam....

sedar-sedar je bot dah dah menghampiri unjam <> jam 3.00pm.... tekong bagi isyarat boleh turun apolo sambil bot berhanyut...... main apolo kat sini lagi best......

ikan selayang tengah banyak kat sini....
masing-masing sekali naik empat lima
ekor merambai.......


Nazib yang bertapa di depan bot senyap-senyap dah naik tiga empat ekor merah guna apolo je (tak sempat ambil gambar ikan)......





Jemi memang penganyir kali ini........







mancing apolo terpaksa dihentikan sebab tong coleman kami dah penuh.....
so masing-masing dah mula mancing dasar.....


.....Akil bangga dengan kerapunya


.....Farid dengan teknik belonnya...
ada sekali kena sambar tapi tak lekat....





................ dan merah...............






di unjam inilah hasil pancing dasar kami banyak dinaikkan........
pertarunganku diteruskan dengan ambo dan berhasil menaikkan 2 ekor lagi ikan tanda kasar-kasar, ikan merah dan lain-lain spesis seperti kerisi dll....
Jemi paling penganyir di sini..... hampir setengah baldi ikan pelbagai spesis - tanda, kerapau dll


sebelum bertolak balik, tekong masak lagi....
lauk kari ikan.......

last call......Haji Bajuri menutup tirai dengan ikan tanda.....lepas maghrib...






enam orang peserta membawa
pulang 2 3/4 penuh tong
coleman + dengan 1 plastik besar
sebab tak muat.....


inilah hasil yang dapat ku
bawa pulang pulang
selepas dibahagi-bahagikan...

bertolak baik ke jeti dari lokasi <> jam 8.15pm.... tiba jam 11.00pm..... kami berempat singgah di masjid besar (atas bukit) di Mersing untuk menumpang mandi.....

dalam perjalanan pulang singgah di gerai makan di bandar Mersing........ tiba di rumah jam 1.40am.... terimakasih Farid kerana menumpangkan aku...... mandi-mandi, solat dan terus tidur.......

insyaallah di trip-trip yang akan datang akan dapat dicatatkan cerita berserta gambar-gambar yang lebih jelas dan menyeluruh lagi...... Assalamualaikum

0 comments: