Wednesday, 8 December 2010

Shauqi demam dan telinga kiri keluar nanah.... lagi

APA yang kami bimbangi berlaku lagi - telinga Shauqi keluar nanah lagi. Apa tak bimbangnya - keluar nanah memberi makna gegendang telinga berlubang.

Ini adalah kali ketiga seumpamanya - kali petama telinga sebelah kanan pada 09/08/2010, kedua berlaku kepada kedua-dua belah telinga pada 11/11/2010. Ini bermakna lelehan nanah di telinga pernah berlaku 2 kali tiap-tiap satu belah kiri dan kanan.

03/12/2010 Jumaat malam/awal pagi Sabtu (di kampung) kami dikejutkan dari tidur. Suhu badan Shauqi agak panas sambil merengek tak habis mintak didokong. Lanjutan kerenah yang sama sejak beberapa malam. Masa inilah kami mendapati lelehan nanah keluar dari telinga kiri Shauqi. Kami membersihkan telinga dan merawat demam Shauqi dengan ubat demam dan menekap kepalanya dengan tuala basah.... sehingga dia tertidur semula.

04/12/2010 Sabtu suhu badannya jatuh sedikit kepada dedar sepanjang hari ini. Petang kami keluar mendapatkan ubat bontot untuk demam dan ubat selsema Fadec di Klinik Keluarga, Bukit Gambir sebagai bekalan.

05/12/2010 Ahad alhamdulillah keadaan Shauqi lebih baik sepanjang malam tadi. Suhu masih dedar.

06/12/2010 Isnin petang aku dan Faris membawa Shauqi ke klinik Dr. Nedzrean, PSH untuk berjumpa doktor berkenaan dengan keputusan ujian darah alergi. Selepas menceritakan akan keadaan telinga Shauqi yang meleleh nanah lagi, Shauqi dibekalkan 2 botol kecil ubat titik telinga. Kos lawatan RM89.20.

08/12/2010 Rabu maghrib demam Shauqi yang on/off sejak beberpa hari ini membimbangkan kami. Apa yang diresahkan, Shauqi sehingga dia merengek tak sudah sambil minta didokong selalu. Lepas maghrib kami rushnya ke Klinik Yuslina, Taman Johor Jaya. Diperiksa oleh doktor keadaan telinga dan suhu badannya, Shauqi dibekalkan sebotol antibiotik dan sebotol ubat demam. Koyok demam juga aku belikan sebagai persediaan. Kos lawatan RM46.00.

09/12/2010 Khamis hari ini barulah hari yang menampakkan Shauqi ceria bermain-main menandakan dia dah mula bebas dari belengu demamnya.

0 comments: